DO YOUR BEST...ALLAH WILL DO THE REST

BerUSAHA untuk menJADI.....bukan menCARI untuk meMILIKi.....tetapi diKONGSI supaya meLENGKAPi.....agar sama-sama mengHARGAI......

Friday, May 28, 2010

Panggilan BERJUANG kembali......


aku bakal musafir lagi.........

inilah yang akan aku hadapi pada kali ini. bermusafir di atas muka bumi Allah ini untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan yang masih berbaki.


kali ini, aku akan ke negeri paling selatan tanah air semenanjung malaysia. orang kedah cakap...joh...orrr.jauh tak.hahaha


sedeh jugak laa....baru balik dah nak pi pulak....itulah adat orang merempat.bukan nak lekat lama-lama di satu-satu tempat.


apa-apa pun..aku berazam untuk meneruskan jugak niatku untuk menuntut ilmu Allah yang kita tak tahu seluas mana. Tuhan maha kaya.


ustaz pernah cakap....jangan kita berputus asa di atas rahmat Allah. mungkin betul jugak apa yang dia cakap. aku tak dapat apa-apa reja pun semenjak aku balik kedah ni. mungkin ini takdir aku untuk meneruskan perjuangan aku.


selamat tinggal ibu dan abangku...selamat tinggal member2 kampung...selamat tinggal kampung...selamat tinggal kedah....aku akan pulang berbakti untuk negeri tercinta ini suatu haru nanti.....


padahal hari raya ja..aku mesti balek...hehehehe.......


Thursday, May 20, 2010

21 MEI.....


Allah selamatkan aku....Allah selamatkan aku.......Allah selamatkan kucin hutan......Allah selamatkan aku.......


beginilah aku menyambut ulang tahun kelahiran aku pada tiap-tiap tahun.....

hanya sorang-sorang......

bila difikirkan balik...dah tercapai ke semua apa yang aku hajatkan....dan dah tertunaikah apa yang aku impikan....serta dah cukupkah pengorbanan aku terhadap ibu aku, abang aku...kampung aku...dan yang paling penting, terhadap islam.....

sudah diterimakah segala amalan ku selama ini bermusafir di atas muka bumi Allah ini.


tanggal 12 ramadhan 1406 H, setelah cukup 10 bulan aku menumpang di dalam perut ibu aku(itu yang aku dengar dari mulut ibuku), lahirlah aku untuk menyedut udara Allah buat kali pertama. lahirlah seorang bakal khalifah yang akan dipertanggungjawabkan dengan segala perintah Allah yang wajib dipatuhi.


inilah aku....hepy bezday to me......
ya Allah...panjangkanlah umur aku dalam perjuangan dan murahkanlah rezki yang halal kepadaku...amin....

Sunday, May 16, 2010

Re-Engineering belia masa kini


nukilan : Muhammad Abdullah,

Menurut kata-kata keramat Pak Sukarno, “Berikan aku 10 pemuda yang benar tegar fisikal dan mindanya, akan kugegarkan dunia dengan pemuda-pemuda ini”.

Belia disignifikankan dengan golongan pemuda-pemudi yang terbukti sebagai harapan negara dan bangsa dimasa hadapan.

Belia memerlukan imej tersendiri sebagai ‘internal force’ masyarakat yang dipercayai masyarakat sebagai pewaris kepimpinan negara.

Bagaimana hendak mengembalikan akhlak belia pada masa kini yang semakin tandus moral dan pekerti.

Pendidikan akhlak tidak hanya melalui penjelasan mengenai nilai-nilai akhlak tetapi boleh dibuat berdasarkan latih tubi, pelaksanaan dan penghayatan berterusan.

Rumah dan sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk melaksanakan kaedah ini.

Ibu bapa dan pihak sekolah harus melipat gandakan usaha untuk mengembalikan peribadi sebenar belia kita hari ini.

Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat.

Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang selaras dengan nilai-nilai timur khasnya nilai-nilai islam.

“Generasi muda ialah rahsia kehidupan ummah dan sumber mata air kebangkitannya. Sejarah ummah ialah sejarah para tokoh yang dilahirkannya, yang memiliki aqliyah yang kuat dan ruh yang membara. Kuat lemahnya ummah sesungguhnya diukur dari sejauh mana kemampuan ‘rahim’ umat itu melahirkan tokoh – tokoh yang memenuhi syarat rijal yang sebenarnya…” (Al Banna: Hal Nahnu Qaumun Amaliyun)

Tuesday, May 11, 2010


aktiviti di kampung.......hehehe

ni la yang selalu kita-kita semua buat bila time petang-petang kat kampung.....tambah pulak time cuti.....tak kisah la cuti sekolah ka, cuti kerja ka, cuti peristiwa ka......cuti apa-apalah.....

masa ni la nak jumpa balik member-menmber lama yang dah lama tak jumpa....ataupun nak jumpa ngutuk orang.....hahahaha....


tapi best jugak..sesekali hilangkan tekanan dengan jumpa kawan lama.....pastu ungkit balik kisah-kisah dulu-dulu....


masa ni la nak tuntut balik hutang-hutang yang tak terlangsai....

Monday, May 3, 2010

pasar lambak


tarikh :30 april 2010

masa :awal pagi

tempat :Nat kampung berjaya, Aloq Staq


memang happenning......tu ucapan pertama bila sampai ke Nat kampung berjaya, dekat rumah Pak Ndak aku....macam-macam ada...terkejut weh..

dari makanan sampai la speaker keta...barang nak buat trekter trek ja yang takdak kot....yang lain semua ada.


mesin tebu, piring itam yang dulu-dulu pun buleh ada.

aku tak penah pi..tu yang tekejut sangat tu.

20 tahun duk kat sini...tak penah sampai. kuno btui aku..tu gambar aku cari kat internat.sekadar hiasan. gambaq masa aku kat nat tu tak dan nak ambik...sori la.

ke mana arah tuju blog aku

mana nak pi? kanan ke kiri?huhuhu.....
sebenaqnya aku buat blog ni nak cuba kongsikan serita-ceriti aku untuk semua bloger-bloger.....
tapi bila pikiaq-pikiaq balek....rasa macam nak jadikan blog aku ni medan untuk meluahkan rasa tak puas ati jer kat sapa-sapa.....negara demokrasi kan...
apa-apa je lah.....janji aku dapat jugak merealisasikan impian aku nka ada blog sendiri...heheheh...