DO YOUR BEST...ALLAH WILL DO THE REST

BerUSAHA untuk menJADI.....bukan menCARI untuk meMILIKi.....tetapi diKONGSI supaya meLENGKAPi.....agar sama-sama mengHARGAI......

Wednesday, August 25, 2010

Coretan Hawa untuk Adam


Salam.....
sudah lama rasanya tak posting...kadang-kadang samai taktahu apa yang nak dipostingkan...nak kata letih berpuasa, tak patut pulak. Sepatutnya, bulan uasa inilah, produktiviti harus ditingkatkan.

Ini hanyalah sebuah coretan yang aku ambil entah dari mana...Aku memohon izin dari empunya bingkisan ini agar dapat ianya dapat dipanjangkan untuk pedoman semua ummah....Kita insan biasa, bukan sempurna, tetapi perlukan seseorang untuk memberikan PERINGATAN.......

Didoakan semoga kalian beroleh rahmat selamat dibawah payung rahmat Allah S.W.T.
Adam, maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesunguhnya aku adalah Hawa, temanmu yg kau pinta semasa kau kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.Jadi tak hairanlah jika perjalanan hidup ku sentiasa inginkan bimbingan darimu.

sentiasa inginkan bimbingan darimu

Sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana 'aku buruan syaitan'.
Adam, Maha Suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai daripada kaummu di akhir zaman. Inilah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya. Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku, nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana. Adam sesama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah zaman cucu-cicitnya. Pun begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih satu waktu.

Adam, bukan kerana isterimu yang membimbang aku, tidak kerana sedikitnya yang merungsingkan aku. Tapi aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahlakumu. Kau sejak dahulu lagi tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun terasa berat pula untuk menyatakan isi perkara.
Adam, aku tahu bahawa kau mengetahui dalam Al-quran menyatakan "kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita".

"kaum lelaki adalah penguasa kepada kaum wanita"

Kau diberi amanah untuk mendidik aku. Kau bertanggungjawab untuk menjaga aku. Mengawasi dan menjaga aku agar sentiasa dalam redha Allah S.W.T. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah jadi pada kaumku ini. Aku dan kaumku telah menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah menghendakki aku tinggal tetap di rumah. Jalan-jalan dan pasar-pasar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti dibalut dari hujung kaki hingga hujung rambut. Tapi, realiti dan hakikatnya kini, Hawa telah buat lebih dari patut.

Adam, mengapa kau biarkan aku begini ? Aku jadi ibu, aku jadi guru "itu sudah tentu". Katamu aku ibu dan guru kepada anak-anakmu tapi sekarang di waktu yang sama aku

ke medan menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata padahal kau duduk-duduk sahaja. Ada di antara yang menganggur tiada bekerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga di pejabat bomba, kain ku tinggi menyinsing peha mengamankan negara. Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Apa kau sekarang ini tidak seperti dahulu? Apakah telah hilang kasih sucimu terhadap diri ku?

Adam, marahkah kau jika ku katakan, "jika hawa yg terpesong maka adam yang yang patut tanggung"? Sebab apa adam ? Ramai orang berkata anak jahat mak bapak tak pandai didik. Jika murid bodoh guru tak pandai ajar. Adam kau selalu berkata, "hawa memang degil tak mahu dengar kata tak mudah makan nasihat, kepala batu".
Pada hemat ku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu. apakah didikan mu kepada ku sama seperti didikan Nabi S.A.W. terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Apakah akhlak Adam boleh djadikan contoh buat kaum Hawa?

Adam, kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum. Aku adalah pengikut mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai kaum Adam kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sepuluh nafsumu satu. Aku akalku satu , nafsuku beribu!!! Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan kuncu-kuncunya. Aku kini hampir tenggelam.

Adam….tolonglah….!!

Adam….tolonglah….!! Pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu

Adam, aku suka kalau kau mengimami sembahyang ku pada setiap waktu. Akan ku aminkan bacaan doamu. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku untuk bertahajjud bersamamu. Kau kenalkan aku masjid-masjid dan majlis agama. Kau ajari aku untuk pandai membaca dan memahami Al-Quran, imamku. kau ajaklah aku untuk baca Yassin bersamamu di malam Jumaat yang penuh berkat. Kau khabarkan aku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu. Tunjukkanlah aku perkara sebenar yang patut aku buat.
Akhirnya, ajarkan aku menjadi isterimu yang solehah. Didikkanlah aku supaya aku tunduk, patuh dan menghormatimu setiap waktu. Tolonglah aku adam agar aku tidak beku, bantulah aku agar fikiranku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa neraka yang sudah tentu tiada siapa sanggup menganggungnya (nauzubillahiminzalik).
Dari temanmu....

HAWA
...............

"Ya Allah. Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi. Tetapi seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah ia jauh dari pandanganku. Luputkanlah ia dari ingatanku. Peliharalah aku dari kekecewaan."

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Seorang Abang

Salam….
Ini adalah sebuah coretan dari hati seorang abang mengenai cinta, bukan cerita sendiri tau. Cinta itu universal, fahamilah……

Sebagai seorang ketua pelajar di sebuah sekolah premier di pantai timur semenanjung Malaysia, aku diberikan tanggungjawab yang kadang-kadang tidak dapat tidak untuk aku mengorbankan masa aku sebagai seorang pelajar. Walaupun selalu masalah itu berlaku berulang kali, tetapi aku terpaksa untuk menyelesaikannya kerana ia merupakan tanggungjawab. Daripada masalah diri sendiri hinggalah masalah rakan-rakan, termasuklah junior-junior seasrama denganku malah masalah “siswi”,sebagai ketua pelajar aku terpaksalah juga untuk menguruskannya. Sakit demam pelajar-pelajar menjadi agenda sampingan yang boleh dikatakan penting bagiku.

Di sini ada seorang siswi, tak perlulah aku beritahu namanya, sebab kalau aku cakap pun, bukan ada yang kenal, selalu sangat menyusahkan aku. Habitnya hari-hari pengsan, pengsan dan pengsan. Disebabkan aku ketua pelajar, takkan aku nak biarkan saja pelajar lain menghadapi masalah. Jadi menjadi tugas aku untuk melaporkan perkara ini kepada felo dan membawanya ke hospital. Hampir setiap hari aku menemaninya ke hospital. Kadang-kadang naik boring dalam diri aku. Apa nak buat, itu sepatutnya tugas seorang ketua pelajar.

Suatu hari, semasa aku sedang mengambil makanan di dewan makan asrama, aku terlihat pelajar yang selalu menyusahkan aku sedang mengambil makanan sepertiku. Cuma beberapa orang dihadapan, aku dapat melihat dia dengan jelas. Apa aku kisah, perut aku yang berkerocong ini membiarkan sahaja dia terus mengambil makanan. Akan tetapi, bila aku amati betul-betul, dia sangat menghormati setiap makcik-makcik yang meletakkan makanan ke dalam pinggannya. Ucapan “terima kasih” tidak lekang dari mulutnya sehingga habis semua makcik meletakkan makanan. Timbul satu perasaan dalam diri aku, “baik juga budak ni, tahu menghormati orang tua”. Aku lihat dia tidak seperti pelajar-pelajar lain yang langsung tak kisah kepada makcik-makcik yang telah berpenat-lelah menyediakan makanan untuk mereka. Dari rasa “naik meluat” kepada siswi yang selalu menyusahkan aku, timbul satu perasaan simpati kepada siswi itu. Bukan kerana cantiknya seseorang itu, tetapi kerana sahsiahnya terhadap orang lain. Malah terlintas dalam diri aku untuk mendoakan siswi itu supaya pengsan lagi agar aku boleh menemaninya ke hospital selalu, agar aku boleh mengenalinya dengan lebih dekat. Ya Allah, apa yang aku fikirkan ini.

Rasa ingin mengenali siswi ini terlalu kuat dalam diri aku. Baru aku tahu dia merupakan junior aku. Dulu aku tak ambil kisah langsung. Tapi SPM membantutkan sedikit usaha aku. Dua minggu sebelum SPM, aku cuba untuk mewujudkan satu pertalian dengan empunya badan. Dan si dia tidak menolak. Aku sangat seronok ketika itu. SPM yang aku lalui terasa bagai begitu mudah bagiku. Segalanya mungkin. Apabia selesai SPM, aku cuba untuk kukuhkan pertalian yang aku telah jalinkan. Tetapi, pada waktu itu baru sedar, dia tidak menolak permintaan aku kerana aku akan menghadapi SPM. Dia tidak sanggup aku gagal dalam SPM kerana kecewa cinta ditolak olehnya. Baru aku faham, rasa simpati darinya menyelamatkan aku dari kekecewaan dan kegagalan. Aku berlapang dada dalam menghadapi semua ini.

Itu kisah lapan tahun yang lalu. Sekarang(2003) aku sudah menghabiskan ijazah pertamaku dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Dan sekarang aku sudah bekerja di sebuah syarikat swasta di selatan tanah air. Kenangan lapan tahun yang lalu masih kuat bermain dalan ingatan. Terasa bagai ingin memutar kembali masa ke zaman persekolahan yang lalu.

Pada satu reunion sekolah sempena hari raya yang lalu, aku terserempak dengan si dia yang lapan tahun lalu berjaya menyentuh hati seorang ketua pelajar pada waktu itu. Sekarang bukan lagi masa untuk bermain-main, ini untuk ikatan sehingga mati. Itu nekad aku. Lapan tahun lalu aku cuba dan hari ini akan aku lunaskannya. Permohonan dihantar dan permintaan aku diterima dengan hati yang terbuka oleh si dia. Ekonomi sudah kukuh, sekarang masa untuk menyempurnakan separuh dari agamaku. Lapan tahun aku menunggu, Alhamdulillah sekarang tertunai jugak rasa hati yang ingin mengenali si dia dengan lebih rapat, melalui ikatan yang halal, dan diharuskan syara’.
Dan bersyukur kepada tuhan, sekarang (2010) sudah tujuh tahun aku mendirikan rumah tangga dengan siswi yang selalu menyusahkan aku pada waktu dulu, dan dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata (1 lagi tengah tunggu nak keluar). Alhamdulillah bahagia seadanya.

(cerita ini berdasarkan kisah benar seorang abang yang patut dijadikan pedoman agar kita faham erti cinta itu sendiri…..dan cerita ini telah ditokok tambah agar nampak lebih segar dan realistic….MAAf yer Bro…..cinta itu buta….)

Monday, August 16, 2010

Tidak tahu kenapa........

Salam....

Buat kesekian kalinya aku posting....di petang Ramadhan yang barakah ini....
aku tiba-tiba terdetik untuk bermain FB dipagi hari untuk menghilangkan rasa boring sebab kerja tak setel(aik...)...

Dan ketika itulah sahabat lama (betul-betul lama, 7 tahun beb) yang setelah sekian lama aku mencari (dan dalam masa yang sama dia pun menjejaki aku) akhirnya terjumpa di FB. Terasa masa aku berhenti seketika, mengimbau kembali kenangan lama yang aku sendiri cuba untuk lupakan....sudah sekian lama, cukup lama untuk aku melupakannya.

Tetapi inilah kenangan...sejauhmanapun kita cuba lemparkan, sedalam manapun kita cuba tanam, ia tetap akan bertapak dengan segar didalam hati sanubari manusia yang bergelar INSAN...

Masa hanyalah asbab kepada keadaan...sekejap ataupun lama, tetapi hakikat persahabatan itu tidak dapat diuraikan....seluas langit sejauh dataran.....takkan dapat melenyapkan kenangan....

Allah sahaja yang dapat memahami perasaan aku ketika itu..tatkala dia mengajukan soalan cepumas yang pertama...."nape tak kontek aku"......apa yang aku harus jawab, sedangkan aku memang taktahu jawapan yang sesuai aku berikan....

Jawapan yang paling selamat....dan paling kuat...."aku pergi mencari keredhoan Illahi", tapi itu hanya untuk menyedapkan hati si pendengarnya.....setelah apa yang aku lalui selama ini, setelah aku merasakan tiada lagi harapan untuk diri ini, setelah aku tenggelam dalam perjuangan yang tidak bertepi. Ya Allah, aku ingin menangis memohon sedikit hidayah untuk hambamu yang hina ini.....

tatkala hari-hari Ramadhan aku isi dengan lapar dan dahaga, tapi hari ini aku isi dengan renungan yang paling dalam pernah aku lakukan setakat ini...."Ya Allah, apakah segala yang aku lakukan selama ini mendapat keredhoanMu, atau hanya sekadar aku berlakon dalam drama yang tidak berpenghujung ini.....

Ya Allah....
aku akan cuba untuk menjejaki keredhoanmu.....
AMIN....

Friday, August 6, 2010

falsafah

SALAM

Selasa yang lepas, aku pergi ke kelas Phylosopy of Science and Civilization, di Fakulti Tamadun Islam, mengikuti kelas subjek universiti yang wajib bagi kami walaupun pelajar Research Mode.

Apa yang menarik di dalam kelas ini, ia banyak membincangkan mengenai falsafah sains dan falsafah islam itu sendiri....pro dan kontranya terhadap kehidupan kita pada hari ini.

bagi aku yang memang pelik (sebab aku seorang sahaja pelajar Engineering) aku menjadikan kelas ini sebagai tempat untuk meluahkan pelbagai macam persoalan yang selalu bermain dalam kotak pemikiranku.....sabagai student Engineering.

aku bukan pelajar quran sunnah, xtahu menahu langsung tentang hal hukum hakam yang berat, apatah lagi nak menghubungkan apa yang aku belajar sehari-hari dengan hikmah rahmat tuhan, aku cuba, didalam keas ini supaya mencari titik pertemuan, dimana aku nak mencari MARDHOTILLAH di dalam kerja buat aku hari-hari....

tetapi Alhamdulillah.....disebabkan aku seorang pelajar research yang mengkaji Bio-mechanic, aku cuba untuk mencari, dimanakah aku bertapak, kenapa aku bertapak dan kemana aku akan menapak selepas ini.....

InsyaAllah....aku memohon agar apa yang aku lakukan ini mendapat keredhoan...hidup aku ini DIA yang tentukan, kekuatan aku DIA yang kurniakan, ilmu di dada ini DIA yang isikan....

Kelas ini cuba untuk menghubungkan kembali sains dan islam yang telah lama dipisahkanoeh pengkaji sains barat sejak zaman renaisans lagi. aku juga berharap usaha sekecil ini akan terus digiatkan agar falsafah sains islam dapat dikembalikan....

INSYAALLAH.......