DO YOUR BEST...ALLAH WILL DO THE REST

BerUSAHA untuk menJADI.....bukan menCARI untuk meMILIKi.....tetapi diKONGSI supaya meLENGKAPi.....agar sama-sama mengHARGAI......

Saturday, July 31, 2010

Ramadhan Tiba Lagi.....

bulan yang dinanti-nanti tiba lagi....terdetik pulak dihati ini, adakah cukup persediaan selama 11 bualn yang lepas untuk aku memasuki Madrasah Ramadhan pada kali ini? Ini secubit peringatan dari selemah-lemah insan diatas muka bumi dalam meyampaikan apa yang termampu buat saudaranya.......

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Bersama kita AMALkan dan SAMPAIkan kepada orang lain....

Thursday, July 29, 2010

Lamaran Dariku


Email ini dipetik daripada seorang sahabat, dan saya forwardkan untuk manfaat kepada diri saya dan semua.

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
************ ********* *******
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb


************ ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia.....?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Friday, July 23, 2010

Doa Cepat Kahwen


Kita sebagai umat Islam WAJIB berdoa kepada Yang MAha Pencipta agar rasa pergantungan diri kepada Allah. ini menunjukkan kita bahawa setiap apa yang kita lakukan tidak terlepas daripada memohon dipermudahkan oleh ALLAH.

Ini ada satu doa yang entah dari mana aku dapat.....tapi boleh la dijadikan penawar hati bagi yang tengah luka lara. Tapi doa ni tak sesuai untuk mereka yang ingin berumah tangga. Hanya sekadar renungan.....tapi, JANGAN TRY PULAK

Doa cepat kahwin

"Ya Allah, kalau dia memang jodohku, jodohkanlah......Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak.....Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh....Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain ku..... Kalau dia tidak bisa di jodohkan dengan ku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku.....Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali.....Kalau dia berjodoh dengan orang lain, putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku.....Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia dengan ku.....(nak sangat ni..!!!.)

AMIN........

buat renungan je tau...JANGAN DICUBA....

Wednesday, July 21, 2010

Saat Lafaz Sakinah



Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia
curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya
sandar di bahuku
Tangisannya kini
ku serah padamu
Bukan bermakna
dia bukan milikku
Fitrahnya
perlukanmu

Jadikanlah dia
wanita syurga
Mengerti benar
akan maharnya
Taat itu bukan
hanya pada nama
Indah ia
pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Far East(Halawatul Iman II)

Membawa maksud yang sangat mendalam......
fikir-fikirkanlah.....

Friday, July 16, 2010

Penyakit orang-orang bujang

Salam....
Lama x posting.....insyaAllah lepas ni kalau x sibuk akan ada la tue.......
bab ni best jugak nie.....

Penyakit Rasa Nak Kahwin

Predisposing Factor:

1- Ada kawan2 sekeliling yang dah bertunang @ berkahwin

2- Ahli rumah dah mula kemas barang sbb nak pindah duduk rumah baru. Katanya nak kawen

3- Parents bg lampu hijau

4- Org lain ada awek tp yg die ni takde awek.

5- Asek dengar org sembang bab kawen

6- Asek mimpi akad nikah

Tanda-tanda:

Asek termenung sorg2Dalam buku@nota penuh dgn ayat2 jiwang dan gambar love. Tersenyum dan tersengeh bile tgk cermin tanpa sebab. Setiap 5 minit, perkataan kahwin@isteri@suami akan terpacul dr mulut

Complications:

Locally spread to kawan serumah. Widely spread to others/komuniti

Treatement:

The Only penyakit yang tidak memerlukan kepada drugs therapy. Just NON-DRUGS THERAPY ONLY.

1- Sediakan cermin yg besar- tgk diri dari muka sampai kaki dan tanya pada diri. Layak ke aku nak kawen dgn keadaan diri aku camni? Tgk atas ke bawah. Ulang 3 kali. Pastu tnya kawan bilik sebelah pulak soalan yg sama.

2- Ingat pesan ni: “Kahwin ni 6 bulan je nak seronok2 pon, selebihnya adalah tanggungjawab”

3- Jangan asek pikirkan perkara yg seronok pasal kahwen. Cube berkembang sikit. Pikir yg lebih dr itu. Yang susah tentang kawen. Cth:

- Setiap kali barang rumah abes aku la yg kena beli.

- Setiap minggu aku yg kena pi pasar

- Duit rumah,letrik, air,gas aku kena bayar

- Tiap2 ari aku kena masak utk laki aku (isteri)

- Kang dapat anak kena spend duit utk anak2 pulak

- Kalu takde duet nak makan ape? Pasir@ timun goreng tiap2 hari? Mampukah?

- Jgn la asek gune ayat2 sebegini terutamanya lelaki: “kalu aku kawen nnt ade org jage makan minum, tlg kemas bilik, tempat tidur dll. Sian la bini tu kwn2. Pikir2 la utk tlg ringankan kerja die gak ye ” Maksud saya kat sini, kita kenalah belajar kemas2 bilik pas tidur, belajar masak sedap2. Sapu sampah ke ape ke. Baru bahagia kan bila kawen nnt?Takde la dok harap kat bini je buat sumer bende tu..

4- Ajak kawan2 ubah topic perbualan dari bab kawen, wanita, suami dll ke perkara yg lebih bermanfaat. Cth: Isu Palestin. Cara nak kuat hafalan dll

5- Bina peribadi yg kuat. Kalau nak isteri solehah, kita kena soleh dulu. Kalu nak yg penyayang, kita kena sayang org lain dulu. Kalau nak yg penyabar, kita kena kurangkan marah dulu. Kalau nak yg sentiasa ceria, kita kena banyakkan senyum dulu. Kalau nak yg cantik, kita kena hensem dulu?? Cantik dan hensem itu adalah bonus ye kwn2. Bukan matlamat utama. Allah tak tgk pada rupa paras kamu, tapi Allah nilai pada hati kamu. (cth vs if women)

6- Sembang dan tanya pada org yg lebih berpengalaman. Cth: Mak ayah. Abg kakak. Atok nenek. Pakcik makcik. Moyang. Opah dll.

7- Kalau dah tak mampu rasanya TIDUR adalah jalan penyelesaian terbaik kot. Biasanya lepas tidur ni org dah tak pikir2 apa2 masalah dah. Kalau bangun pun still terfikir lagi. Dlm mimpi pon same, alamatnya mmg DAH SAMPAI SERU dah la tu

Saturday, July 3, 2010

Sesolehah Fatimah Setabah Maryam

assalamualaikum wbt.
cerita ni aku dapat satu ketika dulu, aku mintak maap sebab dah tak ingat dari mana sumber tu.....
tapi....sekurang-kurangnya jadikanlah ikhtibar buat kita yang bakal berdepan dengan seribu satu macam cabaran.

Cuaca yang dingin begitu mendamaikan, rintik-rintik gerimis menyusul menggantikan hujan yang lebat. " Hujan itu satu nikmat, satu rahmat.." terngiang-ngiang suara lunak Ustaz Syauqi di pendengaran Nisa'. Spontan, ingatannya kembali pada sorot mata lembut Ustaz Syauqi, perwatakan yang nampak lembut tapi berprinsip. Semalam, kali ke dua dia menghadirkan diri ke masjid, dan mendengar kuliah Maghrib, kebetulannya disampaikan oleh ustaz yang sama, Ustaz Syauqi.

Yang Telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka Lihatlah berulang-ulang, Adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang?
( 67: 3)

Nisa' terus ralit memandang rintik-rintik hujan yang semakin mengganas. Dia merasakan kejadian hujan itu sangat sempurna, rintik-rintik hujan yang jatuh bagai mengikut satu ritma, satu corak yang cantik. Ritma itu kadang kala terganggu oleh tiupan angin, maka rintik hujan yang jatuh mengikut ritma yang baru. "Cantik!" Kata-kata itu tenggelam timbul bersama rintik-rintik hujan.

"Subhanallah!" Lidah Nisa' basah dengan tasbih, membesarkan dan mengagungkan Rabbul Izzati. Mata bundar Nisa' menangkap sekawan pipit yang bertarung kudrat dengan hujan lebat serta angin yang kuat.. "Aku juga seperti pipit, sangat kerdil..sekurang-kurangnya pipit itu bersih dari noda. "Aku?..." Nisa' menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali, menghalang sejarah hidupnya yang likat dengan dosa bergentayang di tubir mata.

Hati Nisa' resah, Nisa' beristigfar,memohon keampunan dari Allah. Tangannya ringan mecapai Al-Quran. "Sudah lama aku tidak bertadarus..lagikan pula bertadabbur dengan Al-Quran". Hatinya berbicara. Jari Nisa' terhenti pada surah ke 19 dalam Al-Quran, surah Maryam. Lidahnya basah dengan taawuz dan basmalah seterusnya ayat demi ayat. Suaranya bersatu dengan deru hujan. Nisa' sebak tiba-tiba. Air mata mengalir dari pelupuk mata, terasa sayu dan syahdu. Sesekali Nisa' mengesat air matanya dan terus menyambung semula ayat bacaan.

"kak..jom, kata nak ke masjid..hujan dah berhenti." Balqis menyapa lembut. "Jom la.." Nisah mengiakan. "Akak menangis..?" Balqis menyedari mata merah Nisa'. Nisa' memaksa diri mengukir senyum. "Jomlah dik..nanti lambat pulak.." tangan Nisa' memaut tangan Balqis.

--------------------

Mata Nisa' tertancap pada kelibat Balqis di halaman rumah, terbongkok-bongkok mencabut rumput. Rumput-rumput yang mula menjalar sedikit mencacatkan lanskap rumah teres dua tingkat itu. Tudung litup di kepalanya menjadi simbol wanita solehah.

"Qis..apa yang boleh akak tolong?" "Hah..rumput ni nak letak di mana?" Tangan Nisa memegang pongkes yang dipenuhi rumput. "Eh..tak payah kak! kesian akak..nak bawa perut tu lagi.." Balqis mengambil semula rumput-rumput yang telah dicabut pada tangan Nisa'. Boring la duduk je..kesian kat Qis buat kerja sorang-sorang. "erm..dah siap pun..jom la duduk…"

Nisa' membuntuti Balqis duduk di meja yang menghiasi halaman rumah . Nisa' terharu dengan kebaikan dan keikhlasan Balqis. "Erm..cantik pun!" Nisa' mengerutkan muka. "Cantik apenye?" Senyuman Balqis melebar. "Cantik bertudung, nampak cute!" "Eleh..saje la tu.." "tak.. Qis memang ikhlas puji akak."

"Terima kasih ye Qis…akak banyak menyusahkan Qis…"
"Taklah…kalau akak tak de,boring la qis..duduk sorang-sorang kat umah."

"Boleh Qis pegang..? Nisa' membiarkan Balqis mengusap-usap perutnya. "Erm..dah sarat ni..tinggal tunggu masa je., Akak tak nak balik..? Jumpa mak ayah akak?"

Nisa' menggeleng. Akak tak sanggup Qis..air mata sudah bertakung di tubir mata. "Akak anak derhaka.." Air mata itu jatuh jua.."akak dah conteng arang kat muka mak dan abah"

"Dah la..yang lepas dibiarkan lepas.." "Akak banyak dosa dik!" "Allah maha adil..maha pengampun." Balqis cuba memujuk. Kedua-dua wanita itu berpelukan.

-------------------

Suasana di dalam kelab sangat gamat. Lagu rancak irama barat di pasang..anak mudi tidak segan-silu berdansa dengan pasangan masing-masing. Antara ramai-ramai, Nisa' dan Fakrul juga di situ. Fakrul memegang kejap pinggang Nisa'. Kadang-kadang jari-jari itu berubah ke pinggul Nisa', Nisa hanya membiarkan. Mereka begitu teruja berdansa mengikut irama rancak.. kelihatan kedua-dua mempelai ini sangat diulit keseronokan..

"Nisss! I love you!"
"What?.. I tak dengaaar!"
"I loveeeee youuuu!"

Fakrul sedikit menjerit melawan hingar-bingar. "I love you too!!!!" Gelak-ketawa mereka berdua bersatu.

"Fakrul..jom la I penat..!" Niss menarik tangan kekasihnya ke meja. "Nak air? I ambilkan.." Fakrul mengenyit mata. Nisa' faham, Fakrul mahu ambil bear. "No sayang..coke please.." Nisa' meleret manja.." "I tau sayang...I ambilkan coke ok." Jari Fakrul sudah mencuit hidung Nisa' yang agak mancung. Nisa' tersenyum. Terhibur.

Nisa' meneguk coke dengan rakus. Fakrul melihat keletah Nisa' dengan senyuman. " kenapa?" Mata Nisa' mencerlung ke anak mata Fakhrul. "You..gelojoh!" Nisah mengangkat kening. "Oh you kata I gelojoh ye!" "Auu!" Nisah menghadiahkan cubitan di peha Fakrul. Senyuman fakrul makin melebar.

"Akak!" Balqis menepuk belakang Nisa'. "Astagfirullahalazim!!!" Nisa' meraup mukanya. Hilang semua memori gelapnya. "Qis ingat akak dah masuk ..rupaya akak masih kat sini.." "Ya Allah..dah senja!" mata Nisa' menangkap keadaan sekeliling. "Dah la kak, jangan di ingat kisah lalu..." Balqis bagai memahami gejolak di hati Nisa'. Nisa' menatap mata Balqis dalam-dalam. "Qis..akak masih tak boleh lupakan kisah silam akak..akak rasa dosa-dosa akak tu yang menyebabkan akak tak boleh lupa apa yang akak dah buat dulu.." lirih sungguh suara Nisa'. Setitik air jernih jatuh. "Nanti…akak cerita pada Qis.." "Tak payah kak, kalau sekadar menyakitkan hati akak sendiri, baik akak jangan cerita. Jom la..kita masuk ye.." Balqis memimpin tangan Nisa'. Mereka berjalan seiringin.

-----------------------

Nisa' mengaminkan doa yang dibaca Balqis. Mereka bersalaman dan berciuman. Sangat akrab dan mesra, bagai adik-beradik. "Kita tadarus ye kak.." "boleh Qis..tapi akak teringin sangat nak tahu terjemahan surah Maryam." "Ok kita baca 5 ayat seorang dengan tafsirannya sekali. Nisa' mengangguk setuju.

Nisa' kagum denga bacaan Balqis, sangat lunak di pendengarannya. Habis lima ayat dan terjemahannya, giliran Nisa' pula untuk membaca..kalau salah Qis betulkan ye.." Balqis tersenyum lembut. Begitulah berlalunya masa tadarus bagi dua saudara seislam ini.

Maka Maryam mengandungnya, lalu ia menyisihkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh.
(19:22)
Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya Aku mati sebelum ini, dan Aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan".
(19:23)

Nisa' terpana dengan tafsiran yang di baca Balqis.. Air mata berjuraian jatuh. Nisah teresak-esak menangis. "Akaaak..Qis memberanikan diri memegang bahu Nisa'.

" Akak rasa jijik!" "Akak berzina!" "Akak berzinaaa!" Nisa' bagai histeria. "Akak mengandugkan anak haram!" "Akak dah taubat nasuha.. Akak patut percaya pada kudrah dan iradah Allah, kasih-sayang Allah. Allah sayangkan hambanya yang mahu bertaubat!!" Balqis mengoncang bahu Nisa' dan memeluknya erat. Nisa' terdiam mendengar kata-kata Balqis .

"Akak tak sedar dia bawa akak ke hotel.." Nisa' teresak-esak. "Bila akak sedar dari tidur..tak ade seurat benang pun..masa tu dia dah dah tak ada." Akak buntu masa tu…" "akak bersyukur sangat sebab Balqis nak terlanggar akak , sebab Balqis… akak ada kekuatan nak teruskan hidup." Nisa' masih teresak-esak.

"Semua tu takdir…sehingga kita bertemu." " Akak mesti terus bangkit! Bangkit dari kesilapan..bayi dalam perut akak patut dapat kehidupan." Nisa' mengangguk. Dia memegang perutnya, mengusap-ngusap perutnya lembut…

"Ya Allah..bantulah aku, menjadi sebaik namaku..Khairunnisa', sesolehah Fatimah dan setabah Maryam." Tergambar wajah mak dan abah. "Nisa' akan balik mak!". Ada senyuman manis di bibir mungil itu. Senyuman yang membawa seribu harapan