DO YOUR BEST...ALLAH WILL DO THE REST

BerUSAHA untuk menJADI.....bukan menCARI untuk meMILIKi.....tetapi diKONGSI supaya meLENGKAPi.....agar sama-sama mengHARGAI......

Tuesday, June 29, 2010

Segala-galanya Ketentuan Allah

ALHAMDULILLAH............

Segala syukur bagi Allah, tuhan sekelian alam yang masih lagi menyanyangi hamba-hambanya.....

itulah apa yang mampu aku ucapkan tatkala selesai mendaftar sebagai seorang pelajar di universiti teknologi malaysia (UTM), kampus Skudai.

Segala cubaan yang dikenakan terhadapku selama ini rupanya adalah satu ujian dan membuktikan bahawa tuhan masih lagi menyanyangi hamba-hambanya.

Dari medical check-up yang tidak sempurna hinggalah tersangkut untuk mendaftar akibat tidak membayar yuran. tetapi Alhamdulillah, segala-galanya dapat diselesaikan satu persatu dengan bantuan seorang abang dan rakan -rakan.

Alahamdulillah...
Tuhan masih lagi Memberi kesempatan kepada hambanya yang hina ini untuk meneruskan perjuangan ke tahap yang lebih tinggi. betullah cakap ustaz, "jangan kamu berputus asa diatas rahmat Allah".

Insya Allah...
aku akan cuba untuk terus memajukan diriku disamping menjalarkan dakwah diatas muka bumi Allah ini. Walaupun dengan cara yang kecil. hanya itu yang termampu aku laksanakan buat masa sekarang.

Ibu ...Abang....terima kasih kerana banyak membantu......Insya Allah, cek akan pulang dengan kejayaan.....

semoga apa yang aku kerjakan mendapat keredhoan Allah. hanya itu yang aku pinta.
Ya Allah,berkatilah apa yang aku usahakan....amin.

Sunday, June 13, 2010

demam bola kembali....


Assalamualaikum W.B.T

Bola sepak merupakan antara sukan yang paling diminati di kalangan umat manusia ketika ini, tak kira kanak-kanak, oarng dewasa dan juga orang tua, sehinggakan golongan wanita juga meminatinya.

Dan sekarang, segala-galanya tertumpu kepada afrika selatan, hos kepada piala kebangggaan negara-negara yang bertanding dalam temasya berprestij itu.

Dan musim bolasepak bukan sahaja dirasai di afrika selatan, tetapi juga bahang kepanasannya sampai ke negara kita. dari jualan jersi sehingga ada yang sanggup untuk menukar tv baru untuk meraikan demam bolasepak yang terunggul ini.

Dan kepada peminat-peminat diluar sana,minat tu minat jugak, jangan sampai lupa kerja buat kita sehari-hari dan tanggungjawab sydah la.

Thursday, June 10, 2010

kata-kata perangsang dari sahabat

Assalamualaikum W.B.T.

sahabat merupakan orang yang dekat dengan kita...dalam erti kata lain ,menjadi cermin untuk diri kita dalam menjalani kehidupan seharian diatas muka bumi Allah ini....

ni ada la beberapa kata perangsang dari sahabat-sahabat aku untuk kawan-kawan sekalian....

"sesungguhnya sahabat itu wujud dari satu pertemuan dengan 10 pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 pengorbanan & serjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhoan Allah."

" Andainya seorang teman berbuat kebaikan, ukirlah namanya diatas batu agar ia tersemat dihati & kekal sebagai memori terindah & andainya seorang teman berbuat kesalahan tulislah ia di atas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan".

dari seorang sahabat........

yang ni best sikit...

"sahabat bukan macam papan skate, belum main gilap, dah main pijak....
sahabat juga bukan macam bola sepak, belum dapat kejar ,dah dapat tendang...
sahabat bukan seperti bulu tangkis, belum main pegang, dah main pukul....
tapi sahabat umpama bola ragbi, belum dapat rebut, dah dapat lindungi...
sahabat macam jari, lukanya sembuh sendiri, tapi hilangnya tiada ganti...

dari ragbi fan...heheheh...

renung-renungkan...bye....
salam....

Wednesday, June 9, 2010

lama tak posting

salam....
lama jugak aku tak posting..bukan apa.....sibuk sikit...biasa laa...dah mula nak buat research......banyak benda baru yang aku tak tau.....dulu aku buat projek applied mechanic, sekarang nak buat research pasal fluid pulak,siap terjun dalam bio-mechanic lagi.....memang betul-betul keluar dari bidang aku, tapi ok la kan...banyak benda yang aku boleh belajar...baru versatile sikit hidup nie..heheheh.....

adab orang nak buat research nie, kena la jalan dulu.....baru lepas tue berlari.....kadang-kadang tue siap kena patah balik lagi.....ok lah...
sampai sini dulu aku posting,
nanti kalau sempat aku posting lagi..heheheh

salam