DO YOUR BEST...ALLAH WILL DO THE REST

BerUSAHA untuk menJADI.....bukan menCARI untuk meMILIKi.....tetapi diKONGSI supaya meLENGKAPi.....agar sama-sama mengHARGAI......

Tuesday, June 29, 2010

Segala-galanya Ketentuan Allah

ALHAMDULILLAH............

Segala syukur bagi Allah, tuhan sekelian alam yang masih lagi menyanyangi hamba-hambanya.....

itulah apa yang mampu aku ucapkan tatkala selesai mendaftar sebagai seorang pelajar di universiti teknologi malaysia (UTM), kampus Skudai.

Segala cubaan yang dikenakan terhadapku selama ini rupanya adalah satu ujian dan membuktikan bahawa tuhan masih lagi menyanyangi hamba-hambanya.

Dari medical check-up yang tidak sempurna hinggalah tersangkut untuk mendaftar akibat tidak membayar yuran. tetapi Alhamdulillah, segala-galanya dapat diselesaikan satu persatu dengan bantuan seorang abang dan rakan -rakan.

Alahamdulillah...
Tuhan masih lagi Memberi kesempatan kepada hambanya yang hina ini untuk meneruskan perjuangan ke tahap yang lebih tinggi. betullah cakap ustaz, "jangan kamu berputus asa diatas rahmat Allah".

Insya Allah...
aku akan cuba untuk terus memajukan diriku disamping menjalarkan dakwah diatas muka bumi Allah ini. Walaupun dengan cara yang kecil. hanya itu yang termampu aku laksanakan buat masa sekarang.

Ibu ...Abang....terima kasih kerana banyak membantu......Insya Allah, cek akan pulang dengan kejayaan.....

semoga apa yang aku kerjakan mendapat keredhoan Allah. hanya itu yang aku pinta.
Ya Allah,berkatilah apa yang aku usahakan....amin.

1 comment:

  1. Allahu lebih menyayngimu sob....smg hadiah kejayaan sob dpt dinkmati di akhirat sana bersama ibu dan abg....

    ReplyDelete