DO YOUR BEST...ALLAH WILL DO THE REST

BerUSAHA untuk menJADI.....bukan menCARI untuk meMILIKi.....tetapi diKONGSI supaya meLENGKAPi.....agar sama-sama mengHARGAI......

Sunday, October 10, 2010

Coretan Untuk Insan Tersayang.....

Isteri yang solehah
Memang benar
Bidadari di dunia ini
Permata yang amat berharga
Hiasan yang amat menawan
Perindu yang amat kukuh

Isteri yang solehah
Berbalut ilmu
Berselimut akhlak

Isteri yang solehah
Menghembus kalbu
Kerana yang dia lakukan
Berasal dari ketulusan hati
Dari keikhlasan jiwa

Isteri yang solehah
Adalah rezeki yang tak ternilai
Dari Allah
Yang menggenggam segala kemuliaan
Pemberi segala kebahagiaan

Wahai kaum muslimin
Pilihlah wanita solehah
Dengan mengsolehkan dirimu

Wahai wanita solehah
Jadilah bidadari
Dengan peribadi yang indah
Dari Allah S.W.T.

KAU BIDADARI SYURGAKU.......

Friday, October 8, 2010

Kepentingan ILMU Pengetahuan

salam...

Teringat Tazkirah seorang Ustaz satu ketika dulu sewaktu masih dibangku sekolah.....
mengenai motivasi Rasulullah S. A. W. kepada Muaz bin Jabal......

Rasulullah ada berpesan kepada Muaz mengenai ilmu pengetahuan...
1. mempelajarinya kerana ALLAH adalah hasanah (kebaikan)
2. Mengkajinya adalah tasbih
3. Mencarinya adalah jihad
4. Menuntutnya adalah ibadah
5. Mengajarnya adalah sedaqah
6. Mencurahkan pada ahlinya adalah Qurban
7. Memikirnya laksana puasa
8. Membincangkannya ibarat Qiyam

ILMU......

Monday, October 4, 2010

Pertama Kali....

Salam....
dan salam oktober untuk semua.....moga-moga kita semua mendapat hidayah dariNya

Hujung minggu lepas...aku ngn geng aku(budak-budak research aku) pergi la kelantan atas urusan kerja yang mat tidak memuaskan hati kami semua(3 orang je kami pergi)...memang la....dah kami jauh-jauh datang, tapi apa yang kami cuba dapatkan tak tercapai...nak kata hampa tue tak ler...tapi kecewa sikit la....

TAk pe la...1st Time pergi....

Dan buat pertama kali jugak, aku naek FLIGHT masa nk balek JB. fuh...best siot....1st time tue...

Jadi budak-budak rasanya aku nie dengan lagi sorang budak research aku....tak pernah naik flight....hahaha...siap kena gelak dengan lagi sorang kawan kami yang sebelum-sebelum ni dah memang pernah naik flight....(dia student jepun, tak kisah la)

Rasa cam diri ni terbang di awan...dah naik flight....memang la terbang di awan..
rasa dia punya daya tujah waktu nak naik....pergh....selalu naik kenderaan darat paling laju pn dalam 150 km/j hingga 200km/j jer....tue pn dah kira laju la tue....
nie lebih 350 km/j nie...kalah naik F1...1st time rasa laju macam tue...

Macam tue jugak kita sebagai insan ats muka bumi nie....waktu 1st time nak try satu-satu benda..rasa takut, rasa nervous, rasa risau tue akan ada....bila dah buat benda tue...rasa best sebab dah dapat buat....bila benda yang kita buat 1st time tue berjaya....rasa best yang tak terkira...rasa macam nak buat lagi...

Tapi bila kita buat 1st time tue cam hampeh...rasa macam xmau buat dah....lantak la apa nak jadi pun....hanya yang mempunyai keazaman yang kuat ja akan terus berusaha...usaha dan terus usaha...agar benda 1st time yang dia buat tue....dia x akan lupa...dan kerana 1st time tue jugak...

Dia mengenali erti berSYUKUR....Sebab dia diberi kesempatan untuk mencubanya buta kali PERTAMA...

bab kata kapten kapal terbang yang aku naik...
"Cabin crew...Prepare to take off"....

Salam